Seandainya Rasulullah mengetuk pintu rumah kita.Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita... Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita.. Apa yang akan kita lakukan?Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat-erat, dan lantasmempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tersenyum.....Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.Baginda tentu tetap tersenyum.....Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya di ruang tamu. Baginda tentu tersenyum.....Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripadamenghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita. Baginda tentu tersenyum..... Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya,tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja.Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat.Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak memilikikoleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Baginda tentu tersenyum..... Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Baginda tentu tersenyum.....Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Baginda tentu tersenyum..... Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita. Betapa senyum baginda masih ada di situ..... Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita... Apa yang akan kita lakukan? Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu?Maafkan kami, ya Rasulullah.....Masihkah baginda tersenyum.....?Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir..... Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.....Sampaikanlah kepada teman-teman, moga kita dapat hayati dan renunginya bersama...
Thursday, March 5, 2009
A Friend Who Cares
Let me be the rock to lean on Hands to help you walk the path Remove traces of confusion You are in my heart.
When the morning sun rises, I will be your humming bird To eliminate your distress You are in my mind.
Your sad eyes filled with tears Let me wipe it with caring stares And we'll look on the sunset together You don't need to go farther.
When you feel everything is fallinglet me raise you with my spirit. When pain resides in your heart I will kiss it away with love.
When everyone is against youI will stay and be your shieldLift you up, be with you, I am your friend.
You are born in my heart I will not disgrace your trust Let me warm you with my love Truly a friend, one who cares.

10 Laluan yang Dilalui oleh Manusia Sehingga Akhirat
Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untukbertemu Allah...
10 Laluan Yang Bakal Dilalui OlehManusia Dari Dunia Sampai Akhirat:
Bagaimana memudahkannya?
LALUAN MENUJU KE KUBURa. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengejib. Hindarkan perasaan irihati (benci)c. Jangan terpengaruh dengan harta duniad. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang airkecil!)
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAILa. Bersihkan diri dengan bertaubatb. Gembirakan hati orang Mu'minc. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggald. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIRa. Mengucap dua kalimah syahadatb. Suka memberi sedekahc. Berkata benard. Bersihkan dan perbaiki hati
LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGANa. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaatb. Sucikan perkataan dan pakaianc. Bersyukur dengan yang sedikitd. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
LALUAN MEMANTAPKAN AMALANa. Jauhkan perkataan yang sia-siab. Pendekkan cita-cita duniac. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAHd. Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIMa. Kasihilah aulia ALLAH Ta'alab. Berbaktilah kepada kedua ibubapac. Berpegang teguh dengan hukum syara'd. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKAa. Banyakkan membaca al-Quranb. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang laluc. Tinggalkan perkara yang maksiatd. Jauhkan segala yang haram
LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGAa. Membuat kebajikan seberapa banyak yang bolehb. Kasihi orang yang solehc. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAHd. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMADa. Kasihilah Nabi ALLAHb. Kasihilah Rasulluahc. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAHd. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.
LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAHa. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAHb. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAHc. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAHd. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Sabda Rasulullah
"Barangsiapa yang menghina lima jenis manusia dia akan rugi atau kehilangan lima perkara:
1. Barangsiapa yang tidak menghiraukan ulama, rugilah agamanya.
2. Barangsiapa yang tidak menghiraukan pemerintah, rugilah dunianya.
3. Barangsiapa yang tidak menghiraukan jirannya, rugilah ia dari mendapat perkara yang baik.
4. Barangsiapa yang tidak menghiraukan saudara maranya, rugilah kasih sayang.
5. Barangsiapa yang tidak menghiraukan isterinya, rugilah kehidupan yang bahagia.

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Saturday, January 24, 2009
Anda Ingin Bercinta?
Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).Mengapa bercinta?Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.2. Apa matlamat Anda bercinta?* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.3. Mengapa Anda Bercinta?* Kerana ALLah?* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?* Kerana empunya diri itu sendiri?* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.4. Apa Modal Untuk Bercinta?* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?* Seminggu?* Sebulan?* Tiga, empat tahun?* Sehingga habis belajar?* Cinta hingga ke akhirat?Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..6. Kos Cinta* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,* Masa yang anda korbankan untuk sidia* Hati dan perasaanSikap Matang Dalam Mencari CintaWahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?*Ustaz Mohd Zul Roslan merupakan salah seorang moderator soal jawab agama iLuvislam.com. Berkelulusan Ijazah Sains Kemanusiaan & Ilmu Wahyu, beliau aktif dalam kerja-kerja sukarela dan menulis di blog ini dan ini.

10 Perangkap Syaitan
ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121). Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu: 1. Melalui sifat bohong dan angkuh Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 2. Melalui sifat bakhil dan kedekut Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. 3. Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23) 4. Sifat khianat Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. 5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain. 6. Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim). 7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim). 8. Melalui sifat ujub atau bangga diri Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) 9. Melalui sifat suka berangan-angan Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya. 10. Melalui sifat buruk sangka Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Subscribe to:
Posts (Atom)